Tuesday, July 14, 2015



Tiada suasana yang lebih manis dan seindah suasana dikampung (tambahan pula kampung blah2 utara). Tibanya Ramadhan, hati ini mula rasa bahagia menggambarkan suasana yang mahu dijadikan realiti bila menjelang Ramadhan. Keindahan suasana malam sebelum menjelang Syawal mnjadi kenangan yang sangat manis buat diri ini. Gelak ketawa bersama saudara-mara, sepupu-sepapat ku, anak saudara ku , di pangkin yg dhiasi lampu yg bwarna-warni, dikelilingi cahaya api pelita hingga ke lorong keluar, menaikkan lagi semangat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada keesokan harinya. Namun, hati mula rasa sayu apabila sesuatu yang diharapkan mula pudar dan mungkin tidak berlaku pada tahun ini. Kesedihan mula menghantui diri seiring dengan sebak diqalbu ini. Terdiam dan terpaku di balkoni sambil menatap bintang2 dan bulan di langit, memikirkan , , ,


masih adakah lagi suasana seperti ini di kampung halamanku . . . atau cuma menjadi kenangan yang takkan berulang lagi buat diriku . . . . . Semoga diri ini, mahupun pembaca yang membaca blog ini tabah jika apa yang diinginkan tidak berlaku sperti yang dimahukan , panjatkan doa pada Ilahi supaya kita semua dapat mencipta kembali suatu kenangan yang lebih indah seperti yang dimahukan. Maaf jika ada salah silap dari saya.Sebelum itu ingatlah pesanan ini, hargai lah saudara-mara , tokwan kita(semua) , tok2 kita(semua), jika mereka masih lagi dipanjangkan umur .. Sekiannn sahaja ... wassalam :') 



Dengarkan lah lagu ini, ada tak timbul apa-apa perasaan dihati ? :)
 Jangan dengar lagu ni dipagi raya jika tidak dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita sayang :')
   



No comments:

Post a Comment